CenT-TI English

Bolehkah Pendekatan KBAT Diaplikasikan Dalam Pengajaran Mata Pelajaran Lain?


Ya sudah tentu. Ia boleh digunakan untuk semua mata pelajaran lain seperti sains, kejuruteraan, bahasa, pengajian agama, sejarah dan seni. Sebagai contoh dalam bidang sains, guru boleh membangunkan pelbagai jenis analisis seperti melakukan ‘Compare and Contrast’ dan ‘Part–whole Relationship’. Dalam kajian agama, guru boleh membangunkan pemikiran kritis dan kreatif melalui ayat-ayat Al-Quran menggunakan TBL seperti meminta pelajar menghuraikan perkataan dan ayat penting yang terdapat dalam surah seperti Fatihah. Guru boleh meminta pelajar untuk membanding dan pada kata-kata penting tertentu dalam ayat. Pada dasarnya idea ini adalah untuk pelajar-pelajar memahami makna perkataan-perkataan dan ayat-ayat, serta melatih pelajar membuat analisis dan membuat generalisasi. Oleh itu, adalah dicadangkan guru-guru mengikuti program ini selama sekurang-kurangnya satu hari penuh, sebaik-baiknya dua hari. Namun demikian, ada baiknya jika program ini dilaksanakan secara bersiri. Dimana satu siri mengambil masa satu hari ataupun dua hari.



Kembali kepada Soalan Popular KBAT