KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi boleh dilihat dari perspektif, pendidikan dan kehidupan harian. Pengajaran melalui pendekatan KBAT akan membantu pelajar menguasai pengetahuan mendalam mengenai sesuatu kandungan mata pelajaran dan mampu menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks dan disiplin. Pengajaran dan pembelajaran tidak harus terhad kepada hanya mengajar pelajar tentang kandungan pengetahuan. Sebaliknya, pelajar perlu diajar pengetahuan kandungan bersama-sama dengan pemikiran dan dengan cara ini akan membantu pelajar untuk menjadi mahir dalam pemikiran mereka. KBAT adalah kemahiran yang perlu dipelajari dan boleh diajar. Contoh kemahiran KBAT adalah pemikiran kritis, pemikiran kreatif, pemikiran matematik dan pemikiran saintifik. Penggunaan KBAT akan membantu pelajar untuk memahami situasi masalah, menyelesaikan masalah secara kreatif dan menilai masalah, hujah, pemikiran dan idea secara kritis. Selain dari itu, pelajar akan lebih yakin dan mampu menyelesaikan masalah bukan rutin dan dapat meningkatkan keupayaan mereka untuk menganalisis, menilai dan mencipta idea-idea baru dan mampu menyelesaikans masalah yang kompleks.
Pelajar dikatakan terlibat dalam KBAT apabila mereka mewakilkan masalah dengan melukis gambar rajah, mengenal pasti maklumat tersirat, merancang dan memantau penyelesaian masalah, membuat penakulan, melihat masalah dari pelbagai perspektif, menilai sumber maklumat berdasarkan kredibiliti dari mana sumber itu diperolehi, menilai andaian secara kritis, berkmonunikasi secara aktif untuk meleraikan kognitif konflik sdan mampu untuk membuat keputusan yang bijak dan menyelesaikan masalah dengan mahir dan rasional.
KBAT boleh disepadukan atau diterapkan ke dalam pengetahuan kandungan dengan beberapa pendekatan pedagogi seperti Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Thinking-based learning (TBL) dan Thinking Routiness. Membangunklan KBAT berasaskan Taksonomi Bloom dan menggunakan kemahiran KBAT dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan membantu pelajar untuk menjadi pemikir yang mahir.
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh para pendidik adalah bagaimana membuat perancangan mengajar supaya pelajar boleh dinilai bukan sahaja dalam pemahaman mereka tentang pengetahuan kandungan tetapi juga dalam bentuk-bentuk kemahiran KBAT yang digunakan oleh mereka (pelajar) apabila mereka menyelesaikan masalah, menjadikan pemikiran tersurat kepada kedua-dua kepada pelajar dan guru-guru (making thinking visible to both the teachers and the students).
Modul-modul latihan yang kami sediakan di Pusat Pemikiran Pengajaran dan Inovasi (CENT-TI) adalah bertujuan untuk membangunkan budaya pemikiran di sekolah-sekolah dan masyarakat di mana kita membimbing para pendidik, pelajar dan ibubapa bagaimana KBAT boleh dipromosi dan dihargai di dalam kelas dan dalam kehidupan harian dengan tujuan untuk membangunkan budaya berfikir bagi semua lapisan masyarakat
Pengarah Pusat Untuk Pengajaran Pemikiran Dan Inovasi (Cent-TI)
Pengasas Bersama Pusat Pengajaran Pemikiran (CTT) /
Bekas Penyelidik Kanan dan Perunding Institut Pendidikan CTT
Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia